PENGENALAN

mengaji Al Quran rutin mereka setiap selepas solat fardhu 


Pertubuhan Kebajikan Nur Qalbi (PKNQ) ialah sebuah rumah kebajikan yang baru dibuka pada 19hb oktober 2008 di bawah pendaftaran Pertubuhan Kebajikan Nur Qalbi, Ianya menempatkan anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang layak menerima zakat (asnaf zakat)

Pada awalnya rumah ini menempatkan seramai 13 orang pelajar puteri sahaja, namun sekarang setelah 6 tahun beroperasi jumlahnya telah mencapai seramai 45 orang pelajar perempuan sekitar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dari seluruh malaysia dan seramai 5 orang tenaga pengajar.

ianya ditubuhkan dibawah naungan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) di Seksyen 7 akta pertubuhan 1996 bernombor pendaftaran PPM-004-01-06122013.

pelbagai kemahiran mereka dipersiapkan