LATAR BELAKANG





Gejala sosial yang sedang melanda remaja muslim dinegara kita sedang berada pada peringkat yang kritikal dan sangat membimbangkan. Maklumat dan statistik yang dipaparkan setiap hari meyakinkan kita bahawa arus kehancuran ini akan menguasai masyarkat kita. jika sesuatu yang tidak tepat dilakukan, maka kita bimbang akan rosaklah generasi sebagai aset negara dan bangsa kita.

Justeru, selaku anggota masyarakat yang perihatin, mempunyai sedikit kesedaran maka pihak PKNQ mengambil inisiatif untuk menempatkan anak-anak ini di sini.

latihan nasyid juga menjadi antara aktiviti utama anak-anak PKNQ


PKNQ adalah berfungsi menjadi tempat perlindungan dan juga menjaga kebajikan mereka. anak-anak ini dididik dan diajar menjadi insan yang kenal diri mereka dan Penciptanya, bersangka baik pula dengan Tuhan akan nasib yang menimpa mereka. seterusnya dengan proses yang dilakukan disini akan melahirkan peribadi yang mulia, mampu memajukan diri dan sangat memberi manfaat kapada masyarakat suatu masa nanti.